Assalamualaikum, semoga di bulan yang mulia ini kita sama-sama dirahmati ALLAH...
Doa sahabat pada semua yang berada di luar sana tidak terkecuali student2 sahabat yang amat sahabat kasihi.
Sebagai mamusia biasa, sahabat juga tidak terkecuali dari dugaanNYA..
Baru2 ni sahabat amat kesal dengan sikap salah seorang yang agak Dejavu...
Beliau telah menyuntik perkara2 negatif, nilai2 yang agak tidak sesuai untuk hamba ALLAH yang bergelar pelajar...
Sesungguhnya, sebagai seorang pendidik, ini amatlah tidak bagus untuk ditonjolkan tambahan pula golongan pendidik dianggap mulia dan menjadi role model untuk sesiapa sahaja.
Segarang2 kawan sahabat yang seorang tu pun tak pernah nak memburukkan sesiapa di khalayak.
Anyway..ALLAH maha mengetahui...
Pada semua yang bergelar pelajar merangkap hamba2 ALLAH...sesungguhnya yang buruk itu dari kita manusia yang hina dan yang baik itu dari ALLAH maha besar...
Jadikanlah yang buruk itu sebagai sempadan & yang baik itu diteruskan......
Sunday, August 23, 2009
KISAH......
Posted by frameli 0 comments
WUDHU....
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.
Posted by frameli 0 comments