ASSALAMUALAIKUM...SILA - SILAKAN LA YE

Thursday, May 21, 2009

KEPEKATAN & ISIPADU URIN





PENGAWALATURAN GFR





TUBULOGLOMERULAR MECHANISM







PENERANGAN MEKANISMA RENIN ANGIOTENSIN
Apabila, ginjal mengesan sebarang kekurangan dalam isipadu plasma. Mekanisma renin - angiotensin akan diransangkan.
Ginjal akan menrembeskan renin, renin akan menyebabkan angiotensinogen yang berada di hepar di tukarkan kepada angiotensin I. Angiotensin I masih dalam keadaan inaktif. Lapisan membran di alveoli akan merembeskan ACE ( angiotensin converting agen) yang mana akan menukarkan angiotensin I ke angiotensin II.
Angiotensin II ini akan meransangkan Thirst Center di hipotalamus dan ini akan menyebabkan seseorang itu terasa haus dan minum lebih air.
Angiotensin II juga akan meransangkan saraf simpatetik sekaligus menyebabkan vasokonstrik. Selain daripada itu, Angiotensin II akan meransangkan juga kelenjar adrenal untuk merembeskan hormon aldosteron.
Hormon Aldosteron ini akan bertindak ke atas tubul - tubul nefron dengan menyerapkembali sodium dan juga cecair.
Hasil daripada tindakan ini semua, akan menyebabkan isipadu plasma meningkat ke paras normal dan tekanan darah dapat di kekalkan pada paras normal.

Wednesday, May 13, 2009



SENARAISEMAK PROSEDUR IRIGASI PUNDI KENCING BERTERUSAN
1. Beri salam dan terang prosedur.
2. Berikan privasi.
3. Asses keadaan pesakit.
4. Sediakan pesakit.
5. Cuci tangan asepsis medical.
6. Sediakan peralatan.
7. Gantung botol larutan irigasi.
8. Dedahkan bahagian hujung sambungan kateter pesakit.
9. Cuci tangan secara surgical.
10. Pakai sarung tangan steril.
11. Sediakan swab dan goz.
12. Sambungkan set irigasi pada botol larutan irigasi.
13. Keluarkan udara, klam & letakkan didalam kidney dish.
14. Bersihkan kateter 3 lumen.
15. Letakkan kateter yang telah dibersihkan di atas goz.
16. Dekatkan kidney dish yang mengandungi set irigasi ke pesakit.
17. Buka penutup kateter dengan menggunakan goz.
18. Sambungkan set irigasi kepada bahagian penyambung 3 lumen & buka klam.
19. Alirkan cecair irigasi mengikut kesesuaian.
20. Selesakan pesakit & kemaskan peralatan.

 
JOM KONGSI INFORMASI © 2007 Template feito por Áurea R.C.