ASSALAMUALAIKUM...SILA - SILAKAN LA YE

Thursday, May 21, 2009



PENERANGAN MEKANISMA RENIN ANGIOTENSIN
Apabila, ginjal mengesan sebarang kekurangan dalam isipadu plasma. Mekanisma renin - angiotensin akan diransangkan.
Ginjal akan menrembeskan renin, renin akan menyebabkan angiotensinogen yang berada di hepar di tukarkan kepada angiotensin I. Angiotensin I masih dalam keadaan inaktif. Lapisan membran di alveoli akan merembeskan ACE ( angiotensin converting agen) yang mana akan menukarkan angiotensin I ke angiotensin II.
Angiotensin II ini akan meransangkan Thirst Center di hipotalamus dan ini akan menyebabkan seseorang itu terasa haus dan minum lebih air.
Angiotensin II juga akan meransangkan saraf simpatetik sekaligus menyebabkan vasokonstrik. Selain daripada itu, Angiotensin II akan meransangkan juga kelenjar adrenal untuk merembeskan hormon aldosteron.
Hormon Aldosteron ini akan bertindak ke atas tubul - tubul nefron dengan menyerapkembali sodium dan juga cecair.
Hasil daripada tindakan ini semua, akan menyebabkan isipadu plasma meningkat ke paras normal dan tekanan darah dapat di kekalkan pada paras normal.

0 comments:

 
JOM KONGSI INFORMASI © 2007 Template feito por Áurea R.C.